AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat Tengah Hari Ini

22/02/2025 01:43 PM

KUANTAN, 22 Feb (Bernama) -- Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Pahang terus meningkat kepada 236 orang daripada 74 keluarga setakat 1 tengah hari ini berbanding 209 orang malam tadi. 

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa berkenaan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis. 

Pengarah Pertahanan Awam Pahang Kol (PA) Che Adam A Rahman ketika dihubungi berkata banjir di Kampung Batu Kapor berpunca daripada limpahan air Sungai Semantan sehingga mengakibatkan 73 rumah ditenggelami air. 

“Keadaan cuaca hari ini bertambah baik manakala paras bacaan Sungai Semantan sudah kembali normal. Sekiranya keadaan ini berterusan, ada kemungkinan mangsa boleh dibenarkan pulang dalam tempoh terdekat,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan