KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini
Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Seri Paduka Baginda, mesyuarat selama hampir dua jam itu antara lain membincangkan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan Istana Negara.
Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan taklimat mengenai perancangan gerak kerja selain majlis-majlis rasmi akan datang.
Sabtu lepas, Sultan Ibrahim selamat tiba ke tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara.
Pada 7 Feb lepas, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara untuk menjalani rawatan, diikuti dengan kenyataan yang memaklumkan bahawa Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan 'musculoskeletal' (otot dan tulang) di luar negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial