BERITA TERGEMPAR   Hud Aryan's body found stuck at a tree near the river bank in Tanah Merah this afternoon - Fire and Rescue Department | 
 AM > BERITA

Jangan Mudah Kongsi, Sebar Video Kanak-Kanak Mangsa Cabul - Nancy

26/02/2025 01:35 PM

IPOH, 26 Feb (Bernama) -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri meminta orang ramai dan pengguna media sosial tidak sewenang-wenang berkongsi video mangsa cabul di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor pada 21 Feb lepas. 

Nancy berkata kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa itu dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan perbuatan menyebar serta berkongsi video berkenaan adalah tidak wajar.

“Hari-hari kita bercakap tentang hal ini, masih juga terjadi. Kita harap sesiapa yang terima video atau berada di situ (tempat kejadian) tidak semudahnya berkongsi keadaan mangsa cabul yang tentunya masih trauma dengan kejadian berkenaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa peringkat zon utara di sini hari ini.

Nancy berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu kes itu, termasuk memberi pandangan terutama isu berkaitan kebajikan mangsa serta keluarganya.

Dalam pada itu, beliau turut memohon pihak masjid memperketat aspek keselamatan supaya kejadian sama tidak berulang terutama menjelang Ramadan dan umat Islam akan menunaikan solat tarawih.

“CCTV (kamera litar tertutup) dan fasiliti keselamatan lain boleh digunakan supaya tidak ada pihak yang boleh mengambil kesempatan dengan mudah di dalam kawasan masjid,” katanya.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan