AM > BERITA

Dua Lelaki Melecur Dalam Kebakaran Bengkel Di Klang

01/03/2025 07:04 PM

SHAH ALAM, 1 Mac (Bernama) -- Dua lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di Kapar, Klang hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata identiti kedua-dua mangsa belum dapat dikenal pasti setakat ini.

Beliau berkata bomba menerima panggilan berhubung insiden itu pada 4.54 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati bahagian bawah rumah kedai tiga tingkat itu telah musnah 85 peratus dan terdapat tiga kenderaan dalam premis berkenaan. Kita juga dapati ada dua lelaki dianggarkan melecur 75 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini 

Seramai 17 pegawai dan anggota serta tiga jentera dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Klang Utara, Klang Selatan dan Kapar dihantar ke lokasi kejadian

Operasi memadamkan kebakaran masih dilakukan dan punca kejadian sedang disiasat.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan