KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Sebagai tanda pengikirafan bakat penggiat seni, khususnya di Pasar Seni, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) akan mengadakan pembinaan khas koleksi negara dari 1979 hingga 1989.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata pembinaan itu bertujuan menonjolkan peranan Pasar Seni sebagai pusat pengembangan seni budaya di Malaysia kepada masyarakat pada 2025 hingga 2028.
“Sebagai tanda pengikirafan bakat penggiat seni khususnya di Pasar Seni, LPSVN telah memperoleh enam karya daripada empat penggiat seni dari pasar seni untuk diangkat sebagai koleksi negara,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Prof Emeritus Datuk Seri Dr Awang Sariyan yang ingin tahu usaha kerajaan untuk memberikan insentif dan pengiktirafan kepada para pelukis di Pasar Seni dalam perkembangan seni budaya.
Khairul Firdaus berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui LPSVN juga menyediakan insentif khusus untuk bantuan kewangan di bawah Tabung Bantuan Seni (TBS) melalui keahlian Artist Membership iaitu pemberian sumbangan khususnya kepada penggiat seni individu dan berkumpulan yang memohon sumbangan daripada jabatan ini.
“Insentif ini disediakan untuk membantu penggiat seni tanah air bagi melaksanakan pelbagai program,” katanya menambah sebagai teras penting yang menitikberatkan usaha-usaha perlindungan, pemeliharaan dan pemuliharaan, MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara telah mewartakan Pasar Seni pada 2011 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 Akta 645.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial