Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Dua Ahli Dewan Negara Angkat Sumpah Senator Hari Ini

11/03/2025 12:54 PM

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

Mereka ialah Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) Prof Emeritus Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dan Setiausaha Organisasi DAP Selangor Tiew Way Keng.

Kedua-duanya dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berkuat kuasa 26 Feb lepas hingga 25 Feb 2028.

Awang Bemee dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Mohammad Redzuan dan Tiew atas pelantikan baharu itu.

“Pelantikan ini berlandaskan Perkara 45(1)(a) yang memperuntukkan setiap negeri memilih dua ahli untuk menganggotai Dewan Negara supaya mereka ada suara di badan legislatif tertinggi di Malaysia yang berperanan menyemak serta mengimbang pihak eksekutif dan Dewan Rakyat berasaskan prinsip pengasingan kuasa,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua Senator berkenaan akan berpeluang menyertai perbahasan 10 Rang Undang-Undang (RUU) dan satu pindaan RUU Perlembagaan yang memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Dewan Negara.

“Dengan pelantikan dua (Senator) baharu ini kita ada 58, jadi dua pertiga adalah 39 ahli mesti menyokong sekiranya pindaan itu hendak diluluskan Dewan Negara.

“Selamat menggalas amanah dan menjalankan tugas kepada kedua-dua ahli Yang Berhormat Senator baharu ini,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan