Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

KPKT Sentiasa Terbuka Terima Cadangan Permohonan Pelaksanan PRR Baharu

11/03/2025 06:07 PM

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa terbuka untuk menerima cadangan permohonan pelaksanaan Program Residensi Rakyat (PRR) baharu daripada kerajaan negeri mahupun swasta.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata bagi pelaksanaan PRR di negeri-negeri, kerajaan negeri perlu memastikan tapak yang dicadangkan adalah sesuai dan strategik, selesai semua urusan hak milik tapak, sama ada diberikan secara percuma atau pada kadar nominal kepada KPKT.

“Kelulusan pelaksanaan projek ini tertakluk kepada pertimbangan dan kedudukan kewangan kerajaan dengan mengambil kira laporan penilaian tapak.

“Usaha-usaha ini menggambarkan komitmen Kerajaan MADANI agar rakyat mempunyai akses terhadap perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki serta tiada yang terpinggir, khususnya golongan berpendapatan rendah dalam pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata KPKT melaksanakan pelbagai program Rumah Mampu Milik (RMM) bagi golongan B40 dan M40 termasuk Program Perumahan Rakyat (PPR) dan PRR.

Ad Banner

Sementara itu, Aiman Athirah berkata KPKT melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) telah memperuntukkan RM500,000 untuk melaksanakan projek Taman Rekreasi MADANI (TRM) bagi menaik taraf landskap Taman Awam Sibu di Sarawak yang kini dalam proses pelaksanaan reka bentuk.

Beliau berkata pelaksanaan projek itu kelak akan merangkumi penambahbaikan ruang siar kaki, alatan permainan kanak-kanak dan tempat duduk serta memperbaiki sistem perparitan dalam taman.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan