Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Banjir Sabah: Jumlah Mangsa Menurun Kepada 1,258 Orang

13/03/2025 04:48 PM

KOTA KINABALU, 13 Mac (Bernama) -- Sebanyak 1,258 orang daripada 485 keluarga mangsa banjir di negeri ini masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini berbanding 1,830 orang daripada 657 keluarga 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan banjir di daerah Membakut pula pulih sepenuhnya petang ini dengan kesemua 21 orang daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di satu PPS dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Sebanyak 792 orang daripada 285 keluarga masih berada di lapan PPS di Beaufort manakala 466 orang daripada 200 keluarga di enam PPS di Tenom.

 “Sebanyak 30 kampung masih terjejas banjir iaitu 20 di Tenom dan 10 di Beaufort,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

Ad Banner

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan