Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Sesi " Brainstorm" Bersama PBT, Bincang Alternatif Atasi Isu MyKiosk - Exco

23/05/2025 04:52 PM

ISKANDAR PUTERI, 24 Mei (Bernama) -- Kerajaan Johor akan memanggil kesemua 10 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini bagi membincangkan langkah dan penyelesaian isu banyak unit MyKiosk kosong, tidak digunakan, tiada penyewa dan terbiar.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata perbincangan perlu dilakukan bagi memastikan inisiatif membantu peniaga kecil merancakkan perniagaan itu diteruskan.

“Dahulu sebelum ada kiosk banyak ibu tunggal, bapa tunggal, keluarga miskin yang betul-betul nak berniaga...(malah) sebelum ini ada yang dihalau tetapi kini dah ada kiosk.

“Ramai peniaga (daripada golongan) susah, apa yang kita buat ialah saya arahkan untuk enam bulan tiada bayaran. Sebenarnya, bila  berniaga di kiosk secara automatik yang haram menjadi halal, jadi pada pandangan saya kiosk ini bagus kerana banyak ibu tunggal, bapa tunggal, peniaga yang dulu tiada lesen hari ini mereka sudah ada tempat berniaga," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam jawapan kepada soalan tambahan Gan Peck Cheng (PH-Penggaram) berkenaan perkembangan mykiosk di negeri ini.

Mohd Jafni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai berkata pada sesi sumbang saran (brainstorming) yang bakal diadakan, semua PBT akan diminta menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghidupkan kawasan masing-masing bagi membantu peniaga kecil merancakkan perniagaan.

Ad Banner

"Kita nak jadikan kiosk ini beri manfaat jadi kita kena cari tempat strategik. Bila saya turun ke kiosk ini, peniaga kata air tiada, pakai solar, mereka nak goreng tiada tempat jadi kita nak brainstorm PBT...kalau  boleh kita ambil balik kiosk yang tak buka ini dan letak di satu tempat yang kita dapat sambungkan air.

"Dalam masa sama kita bantu promosi kiosk ini dan kalau ada yang nak jalani kursus kemahiran, kita boleh aturkan. Maknanya hari ini kalau kita nak tolong orang kita tak boleh tolong separuh jalan," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kebanyakkan kemudahan MyKiosk hasil inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di seluruh negara kosong atau terbiar disebabkan terdapat peniaga yang tidak konsisten menjalankan perniagaan.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan