Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Pertahan Keputusan Sambung Kontrak Azam Baki

23/05/2025 11:33 PM

JOHOR BAHRU, 23 Mei (Bernama) -- Keputusan kerajaan menyambung kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dibuat berdasarkan keyakinan terhadap keberanian beliau memerangi rasuah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun langkah itu menerima kritikan pelbagai pihak termasuk pembangkang, beliau tetap berpegang kepada pendirian bahawa Azam telah menunjukkan ketegasan dalam membanteras rasuah secara besar-besaran.

“Saya percaya melihat kepada perkembangan SPRM puluhan tahun, inilah kali pertama SPRM berani menggeledah semua tauke besar. 

"Ya, ini kenyataan. Saya boleh ganti dan bincang dengan kawan (Kabinet), boleh ganti esok tapi saya tidak yakin yang baharu itu berani menyinggung tauke besar yang punyai bilion ringgit kekayaannya,” kata beliau.

 Anwar, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata demikian dalam ucapan dasar presiden dan perasmian Kongres Nasional parti itu di Persada Johor di sini malam ini.

Beliau berkata SPRM kini mengambil tindakan tegas terhadap individu berprofil tinggi termasuk yang bergelar Datuk Seri, Tan Sri dan Tun.

Ad Banner

Justeru itu, Perdana Menteri meminta semua pihak memberikan ruang bagi memastikan tindakan tegas sedemikian dapat diteruskan tanpa gangguan.

Pada masa sama, Anwar melahirkan rasa kecewa kerana tindakan SPRM membanteras rasuah sering disalah tafsir sebagai motif dendam terhadap pihak tertentu.

“Bagi ruang (kepada Azam), sementara itu kita cari ganti yang kita yakin berani dan peralihan akan berlaku dalam kepimpinan SPRM,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata pelantikan semula Azam adalah bagi tempoh setahun berkuat kuasa pada 13 Mei 2025 hingga 12 Mei 2026.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan semula itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan