Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

JKM Pulau Pinang Sedang Nilai Keselamatan Abang Kanak-kanak Mangsa Dera

24/05/2025 02:51 PM

GEORGE TOWN, 24 Mei (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang sedang menilai aspek keselamatan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, abang kepada murid perempuan Tahun Enam yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu bapa kandung.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Lim Siew Khim berkata remaja itu masih bersekolah di Balik Pulau, dekat sini.

"Kami masih menunggu laporan lengkap berhubung abang mangsa dan dalam masa sama Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak Pulau Pinang sedang mengesan saudara mara terdekat kepada kanak-kanak perempuan itu. 

"Ini adalah untuk penjagaan sementara di bawah kategori Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) kepada kanak-kanak itu yang kini menerima rawatan di sebuah hospital dan dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan lebam dan luka di belakang badan dalam kejadian di sebuah rumah di Sungai Ara, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada guru besar sekolah murid itu pada Selasa lepas.

Ad Banner

Lim berkata pihaknya akan membuat penilaian dari semasa ke semasa terhadap kebajikan mangsa dan sebarang keputusan lanjut akan dirujuk kepada mahkamah selepas mangsa dibenarkan keluar dari hospital.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan