"JAKOA dalam proses menambah baik dan menaik taraf jalan menerusi peruntukan tahun ini...kedua-dua kampung (Pos Simpur dan Pos Gob) terlibat.
"Dalam keadaan cuaca tak menentu seperti sekarang, kita mahu meminimumkan pergerakan untuk elak kerosakan lebih teruk. Jadi, sebarang bantuan (oleh NGO) boleh salurkan terus kepada JAKOA," katanya pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2025 di sini, malam tadi.
Pada 17 Mei lepas berlaku kejadian tanah runtuh yang menyebabkan jalan utama ke kedua-dua kampung itu yang mempunyai kira-kira 3,000 penduduk Orang Asli suku Temiar, rosak tetapi ia telah dibaiki dan boleh digunakan seperti sediakala.
Dalam pada itu, Sapiah berkata JAKOA telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.9 juta bagi pembangunan Program Modal Insan tahun ini.
Beliau berkata ia merangkumi pelbagai skop termasuk kepimpinan, motivasi pelajar, kelas komuniti, ‘outreach’ pendidikan, latihan kemahiran kerjaya dan pembangunan sukan.
"Usaha ini telah membuahkan hasil apabila terdapat peningkatan pencapaian bagi pelajar lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) 2024 yang memperoleh 5A ke atas iaitu sebanyak 113 orang berbanding 88 orang pada 2023.
"Tahun ini kita menyasarkan untuk menaja 500 pelajar Orang Asli ke menara gading berbanding 456 tahun lepas," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial