PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Laos mengulangi sokongan mereka terhadap keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN dan menyeru usaha yang lebih giat dan inklusif untuk menangani krisis berpanjangan di Myanmar.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kedua-dua negara bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk memuktamadkan proses kemasukan Timor-Leste ke dalam ASEAN.
“Kami turut membincangkan kemasukan Timor-Leste, yang diharapkan dapat dimuktamadkan menjelang Oktober tahun ini, sekiranya kita dapat mengekalkan kata sepakat dalam mesyuarat esok, khususnya dalam sesi permukiman yang seterusnya,” katanya pada sidang media bersama dengan Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone, di Kompleks Perdana Putra di sini hari ini.
Terdahulu, Anwar dan Siphandone menyaksikan pertukaran Memorandum Kerjasama (MoC) antara Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan Thanaleng Dry Port (TDP).
Pertukaran itu diwakili Ketua Pegawai Eksekutif MMC Port Holdings Sdn Bhd (MMC Ports) Datuk Azman Shah Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif PTL Holding Co Ltd Chanthone Sitthixay.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial