Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

KPE Bernama Serah Sumbangan Tabung Kasih@HAWANA Kepada Keluarga Fauziah

25/05/2025 02:03 PM

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin hari ini menyerahkan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada keluarga wartawan veteran Allahyarham Fauziah Rauf di Masjid Selayang Baru hari ini.

Beliau yang mewakili Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan itu kepada anak sulung Allahyarham, Nilly Wahida Omar Sudi, 54.

Fauziah, 81, meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira 1 pagi tadi akibat pendarahan di kepala.

Sumbangan Tabung Kasih@HAWANA berjumlah RM2,000 itu adalah sumbangan kedua diberikan kepada Allahyarham selepas sumbangan kali pertama pada 2023.

Nur-ul Afida berkata sumbangan kali pertama diberikan di bawah peruntukan Bernama sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan RM1 juta sempena HAWANA 2023.

Tabung Kasih@HAWANA diwujudkan sempena sambutan HAWANA 2023 bagi menyantuni wartawan dan petugas media yang mengalami keuzuran atau memerlukan bantuan.

Ad Banner

Inisiatif ini merupakan usaha Kementerian Komunikasi yang dilaksanakan menerusi Bernama sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan bagi membantu serta menyantuni wartawan dan petugas media yang masih dalam perkhidmatan atau sudah bersara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan