Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Perdana Menteri Timor-Leste Tiba Di Kuala Lumpur Untuk Sidang Kemuncak ASEAN

25/05/2025 05:27 PM

SEPANG, 25 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao tiba di sini hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, yang akan bermula esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pesawat yang membawa Gusmao dan delegasinya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 3.45 petang dan disambut oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad di Kompleks Bunga Raya.

Gusmao kemudian memeriksa kawalan kehormatan oleh 28 anggota dan pegawai daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat).

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 akan berlangsung di KLCC pada 26 dan 27 Mei ini, serentak dengan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang diadakan buat julung-julung kalinya.

Sidang Kemuncak dan mesyuarat berkaitan menghimpunkan pemimpin negara ASEAN untuk membincangkan isu serantau dan melakar hala tuju masa depan kerjasama blok itu, di samping menangani pelbagai isu mendesak dengan krisis yang berterusan di Myanmar kekal menjadi perhatian utama negara anggota.

-- BERNAMA

Ad Banner

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan