Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Isu Perubahan Iklim, Keterjaminan Makanan Antara Fokus Resolusi ASEAN-AIPA Interface

25/05/2025 05:47 PM

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Isu berkaitan perubahan iklim, keterjaminan makanan serta jenayah rentas sempadan merupakan antara resolusi yang akan dibawa pada Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN ke-14 (ASEAN-AIPA Interface) yang akan berlangsung esok.

Presiden AIPA merangkap Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata perkara berkenaan akan dibentangkan sebelum dibawa kepada kerajaan bagi mendapatkan maklum balas serta komitmen tentang isu-isu yang dibangkitkan.

“Jadi, kita telah membuat satu resolusi bahawa segala hasrat daripada Parlimen melalui Speaker-Speaker negara anggota akan diketengahkan esok, dalam sesi di mana semua pemimpin kerajaan dan pemimpin Parlimen akan bersemuka.

“Isu perubahan iklim amat penting kerana dunia perlu bekerjasama memastikan masalah besar ini ditangani secara bersama, dan kita mahu kerajaan mengambil tindakan yang lebih drastik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan pra-mesyuarat ASEAN-AIPA Interface di Parlimen hari ini.

Pra-mesyuarat tersebut turut dihadiri Setiausaha Sekretariat AIPA Ar Siti Rozaimeriyanty Abd Rahman bersama Speaker, Timbalan Speaker, wakil-wakil Parlimen ASEAN serta lebih 50 delegasi termasuk ahli Parlimen AIPA.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Ramli Datuk Mohd Nor dan Alice Lau Kiong Yieng.

Ad Banner

Terdahulu, kesemua delegasi dibawa melawat ke Taman Rusa di perkarangan Parlimen di mana rusa berkenaan merupakan hadiah daripada Presiden Kedua Indonesia, Suharto pada 1983. 

Terdahulu, kesemua delegasi dibawa melawat ke Taman Rusa di perkarangan Parlimen yang menempatkan rusa-rusa yang merupakan hadiah daripada Presiden Kedua Indonesia Suharto pada 1983.

Lawatan itu melambangkan signifikan jaringan hubungan diplomatik antara negara-negara ASEAN, termasuk hubungan erat Malaysia-Indonesia, sekali gus memperkukuh peranan institusi legislatif antara Parlimen di rantau ini.

Selain itu, para delegasi turut dibawa melawat ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta menghadiri makan tengah hari rasmi.

ASEAN-AIPA Interface yang akan berlangsung esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, bakal menjadi platform khas untuk dialog antara ketua negara dan kerajaan ASEAN serta speaker, timbalan speaker serta  wakil ahli Parlimen AIPA.

ASEAN-AIPA Interface dijangka akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membawa tema ‘Parliament at the Forefront for Inclusive Growth and a Sustainable ASEAN’.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan