Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

ASEAN Perlu Pertahan Sistem Multilateral, Perkukuh Model Geo-ekonomi Dengan GCC, China - Anwar

26/05/2025 11:29 AM

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- ASEAN perlu mempertahankan sistem multilateral atau pelbagai hala dan memastikan model geo-ekonomi ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China terus memainkan peranan bermakna dalam membentuk masa depan yang lebih inklusif dan mampan untuk rantau ini dan rakyatnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata penganjuran Sidang Kemuncak-GCC-China yang julung-julung kali diadakan mencerminkan semangat muhibah dan komitmen blok serantau itu untuk memperdalam dan memperluas kerjasama dengan kejelasan strategik.

“Saya percaya sidang kemuncak tiga pihak ini menunjukkan kejayaan dalam membentuk semula matriks perkongsian yang selari dengan realiti multipolar (sistem yang terdiri daripada beberapa pusat kuasa) hari ini.

“Ia melambangkan kuasa perpaduan blok serantau, yang sudah pasti, akan memberi impak positif kepada dunia secara keseluruhan,” kata beliau dalam ucapan perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 (Pleno) di sini hari ini.

Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, di bawah tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang pertama.

Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China merupakan detik penting dalam memperkukuh kerjasama tiga pihak.

Ad Banner

-- BERNAMA


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan