Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Perdana Menteri China Li Qiang Tiba Di Malaysia Untuk Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China

26/05/2025 06:04 PM

SEPANG, 26 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri China Li Qiang tiba di sini hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang diadakan buat julung-julung kalinya di Kuala Lumpur.

Pesawat khas yang membawa Li dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.20 tengah hari.

Ketibaan Li dan rombongannya disambut oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Sebaik tiba, Li memeriksa kawalan kehormatan oleh 28 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Muhammad Firdaus Mat Hayin.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan mesyuarat berkaitan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini dan esok, serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama.

Sidang Kemuncak ASEAN menghimpunkan pemimpin dari negara anggota untuk membincangkan perkembangan serantau dan melakar hala tuju masa depan perkumpulan serantau itu.

Ad Banner

Tahun ini menandakan kali kelima Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN sepanjang sejarahnya sebagai anggota blok serantau itu, setelah mempengerusikannya sebelum ini pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan