Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Lebih 6,700 Kanak-kanak Di P. Pinang Dikesan Alami Gangguan Bahasa, Pertuturan - Exco

26/05/2025 07:55 PM

GEORGE TOWN, 22 Mei (Bernama) -- Sebanyak 6,781 kanak-kanak di negeri ini dikesan mengalami gangguan bahasa atau pertuturan pada tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang Daniel Gooi Zi Sen.

Beliau berkata jumlah terapis pertuturan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) di hospital kerajaan bagaimanapun hanya berjumlah tujuh orang dengan purata masa menunggu rawatan untuk tahun lepas adalah 205 hari.

“Antara usaha Jabatan Pediatrik JKNPP adalah melatih ibu bapa agar rawatan dapat diteruskan secara kendiri. Pelbagai bengkel dan latihan dianjurkan jabatan ini dalam melatih ibu bapa agar mereka dapat membantu dalam rawatan anak-anak ini.

“Usaha itu juga bagi mengurangkan masalah menunggu rawatan yang lama,” katanya menjawab soalan lisan Heng Lee Lee (PH-Berapit) berhubung jumlah kanak-kanak yang mengalami gangguan bahasa berbanding jumlah pakar terapi bahasa di hospital kerajaan dan tempoh menunggu rawatan, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Gooi berkata kerajaan negeri telah memohon penambahan terapis pertuturan di negeri ini dan hal ini dibangkitkan beberapa kali kepada kementerian selain turut mengusulkan agar kerjasama dengan hospital swasta dijalankan supaya masa menunggu rawatan dapat dikurangkan. 

Beliau berkata data kanak-kanak berkeperluan khas di Pulau Pinang juga menunjukkan trend peningkatan, daripada 4,547 pada 2021 kepada 6,165 kanak-kanak setakat Mei lepas.

Ad Banner

Gooi berkata ia merangkumi 5,264 orang kategori masalah pembelajaran, 326 kurang upaya fizikal, 173 kurang upaya pelbagai, 233 kurang upaya pendengaran dan 145 kurang upaya penglihatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan