Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Perhilitan Pantau Kemunculan Beruang Di Dungun

26/05/2025 08:47 PM

KUALA TERENGGANU, 26 Mei (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu sedang memantau kemunculan seekor beruang yang didakwa berkeliaran di sekitar kawasan Bukit Bauk dan Batu 7 di Dungun sejak beberapa hari lepas.

Pengarahnya Loo Kean Seong berkata anggota Perhilitan Dungun telah dikerah menjalankan pemantauan di lokasi berkenaan selepas menerima laporan berkaitan haiwan itu.

"Setakat ini beruang itu didapati telah beredar dari kawasan berkenaan, tetapi pihak kami masih menjalankan pemantauan di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau meminta orang ramai supaya segera menghubungi Perhilitan sekiranya terserempak haiwan itu dan segera beredar dari lokasi bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Terdahulu tular satu video berdurasi 10 saat menerusi media sosial memaparkan seekor beruang berkeliaran dipercayai di kawasan Bukit Bauk dan Batu 7 di Dungun.

-- BERNAMA

Ad Banner

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan