Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Ucap Selamat Berentap Buat Manchester United, ASEAN All-Stars

27/05/2025 06:16 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berentap buat pasukan Manchester United dan ASEAN All-Stars yang akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Menerusi catatan di Facebooknya, Anwar yang merupakan peminat kelab Liga Perdana Inggeris itu juga berseloroh dengan menyatakan bahawa beliau berbelah bahagi untuk menyokong pasukan yang mana satu. 

“Saya ucapkan selamat berentap buat kedua-dua pasukan yang akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Saya masih berfikir nak sokong siapa malam esok,” katanya. 

Menerusi catatan itu, Perdana Menteri berkata beliau berkesempatan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United Omar Berrada dan pengendali pasukan Ruben Amorim.

Beliau berkata pertemuan itu turut dihadiri para pemain dan pengurusan pasukan ASEAN All-Stars diketuai Ketua Jurulatih Kim Sang Sik.

Ad Banner

Kali terakhir Manchester United beraksi di Malaysia ialah pada siri jelajah pramusim 2009 menewaskan Malaysia XI dua kali, 3-2 dan 2-0, masing-masing pada 18 dan 20 Julai di venue sama.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan