KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 7 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Mohd Aseral Jusman.
Menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini, beliau turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1446H jatuh pada Khamis ini.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1446H ialah pada 29 Mei 2025 Masihi.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ialah pada hari Sabtu, 7 Jun 2025 Masihi,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial