Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Oman Bincang Usaha Perkukuh Hubungan Dua Hala

27/05/2025 08:40 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan mesyuarat dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri bagi Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Kerjasama Oman Sayyid Asaad Tariq Al Said di luar Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Dalam pertemuan tertutup itu, dua-dua pemimpin membincangkan cara untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Oman, serta berkongsi pandangan mengenai beberapa isu geopolitik semasa yang menjadi kebimbangan bersama.

Sidang kemuncak yang dianjurkan oleh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 itu menghimpunkan kalangan pemimpin utama dari kedua-dua rantau untuk meneguhkan lagi kerjasama strategik merentas lingkungan politik, ekonomi dan keselamatan.

Acara itu berperanan sebagai platform untuk menggalakkan dialog dan kerjasama antara rantau dalam situasi ketidaktentuan global yang semakin ketara serta perubahan dinamik geopolitik.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini.

Acara itu diadakan bersama dua sidang kemuncak utama lain iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung-julung kali, sebagai platform penting memperluas kerjasama serantau dan antara rantau.

Ad Banner

Sepanjang menjadi anggota dalam blok 10 negara Asia Tenggara itu, Malaysia telah mempengerusikan ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan