Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Muhibbah Politik ASEAN, GCC, China Boleh Jana Hasil Ekonomi Positif - Tengku Zafrul

27/05/2025 10:22 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- ASEAN, negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China boleh menterjemahkan muhibah politik mereka menjadi hasil ekonomi positif yang menyokong perniagaan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana serta memperkasakan rakyat masing-masing.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata secara kolektif ekonomi-ekonomi ini memiliki gabungan US$24 trilion (US$1 = RM4.23) atau kira-kira 23 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global.

"Platform ini adalah pertemuan minda yang dinamik untuk penggubal dasar, pemimpin perniagaan dan pelabur global. Dengan kehadiran ramai ketua pegawai eksekutif Fortune 500 dan ketua industri, ia menghantar isyarat jelas kepada dunia bahawa kerjasama ekonomi pelbagai hala bukan sahaja hidup tetapi berkembang pesat.

“Ia mencerminkan komitmen bersama kita untuk membuka peluang dalam perdagangan, pelaburan, peralihan tenaga, inovasi digital dan pembangunan mampan," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan alu-aluan pada Majlis Perasmian Forum Ekonomi ASEAN-GCC-China dan Makan Malam Gala Rasmi di sini, hari ini, yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Besar Perak  Datuk Seri Saarani Mohamad

Ad Banner

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan