Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 Berakhir Cemerlang, Terima Pujian Delegasi Antarabangsa - KSN

27/05/2025 11:28 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang melabuhkan tirainya hari ini disifatkan berjaya kerana telah mencapai objektif yang ditetapkan serta meraih pujian daripada pelbagai delegasi luar negara, termasuk dari negara-negara Arab, Teluk dan China. 

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata persidangan yang berlangsung sejak Isnin berjalan lancar tanpa sebarang insiden, malah mencuri tumpuan antarabangsa termasuk penganjuran majlis makan malam.

“Sepanjang penganjuran dari Isnin hingga petang ini, persidangan berjalan amat baik, terutama semalam ketika persembahan majlis makan malam apabila kita mendapat pujian daripada delegasi luar negara. 

“Persidangan kali ini mencapai objektifnya, baik bagi persidangan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China,” katanya kepada Bernama selepas melawat Pusat Media Antarabangsa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini. 

Azri berkata persidangan kali ini juga mengetengahkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa melibatkan antaranya negara-negara Teluk dan China.

Dengan kejayaan dicapai itu, beliau yakin Malaysia dapat melakukan usaha yang lebih baik pada Sidang Kemuncak ASEAN seterusnya yang dijadualkan pada Oktober.  

Ad Banner

“Selepas ini, kita akan laksanakan post-mortem untuk mengenal pasti mana-mana kelemahan dan kekurangan agar kita boleh perbaiki demi memastikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 nanti mencapai kejayaan yang lebih baik,” katanya, sambil merakamkan penghargaan kepada Kementerian Luar serta seluruh warga kerja yang terlibat dalam memastikan kelancaran dan kejayaan persidangan kali ini.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan