Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

KSN Puji Kecemerlangan Bernama Sediakan Liputan Media Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

27/05/2025 10:55 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini memuji kecemerlangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dalam membuat liputan media bagi menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan di sini sejak Jumaat lepas.

Beliau menyampaikan penghargaan itu kepada pihak pengurusan Bernama dan petugas agensi itu ketika melawat Pusat Media Antarabangsa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. 

“Bagus. Anda telah melakukan tugas yang baik untuk negara,” katanya ringkas sambil memberikan isyarat tangan tanda bagus sebagai penghargaan.

Bernama telah dilantik oleh Kementerian Luar sebagai Media Rasmi dan Penyelaras Pusat Media Antarabangsa bagi Sidang Kemuncak ASEAN 2025, bermula dengan Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi pada 18 dan 19 Jan lepas.

Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab itu, Bernama telah membangunkan sebuah laman mikro khas yang memaparkan berita serta imej berkaitan perkembangan ASEAN sejak 1 Sept 2024.

Selain itu, Bernama turut giat menyebarluaskan liputan berkaitan Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia ke peringkat antarabangsa menerusi kerjasama erat dengan agensi-agensi berita yang bernaung di bawah Pertubuhan Agensi-Agensi Berita Asia Pasifik (OANA) dan Kesatuan Agensi-Agensi Berita Pertubuhan Kerjasama Islam (UNA).

Ad Banner

Turut hadir semasa lawatan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Ekonomi) Bernama Azlina Aziz serta Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Bernama Nasriah Darus.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan