Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Brunei Sahkan Sultan Dalam Keadaan Sihat Selepas Dimasukkan Ke Hospital Di Malaysia

28/05/2025 12:04 AM

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei (Bernama) -- Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei berada dalam keadaan sihat selepas dimasukkan ke hospital di Malaysia akibat keletihan semasa menghadiri sidang kemuncak serantau, menurut kenyataan pejabat baginda yang dipetik Reuters pada Selasa.

Sultan berusia 78 tahun itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur dan dijangka menjalani rawatan selama beberapa hari atas nasihat pakar perubatan Malaysia, menurut pejabat baginda.

"Baginda ... dalam keadaan sihat," menurut kenyataan itu yang memaklumkan bahawa baginda sebelum itu berasa letih.

Terdahulu, pihak media bertanyakan tentang ketiadaan Sultan Brunei dalam Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang berlangsung petang ini, susulan laporan yang mengatakan bahawa baginda sedang menjalani rawatan di IJN, menurut Bernama.

Perkara itu kemudian disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mempengerusikan sidang kemuncak pemimpin ASEAN minggu ini.

"Baginda agak letih dan sedang berehat," kata Anwar ringkas semasa sidang media Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ad Banner

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan