Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Ramanan Selar Pihak Tertentu Sebar Fitnah Guna Namanya 

29/05/2025 05:34 PM

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Naib Presiden PKR Datuk Seri R. Ramanan membidas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah menggunakan namanya dalam bentuk kenyataan media palsu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata tindakan itu, jelas menunjukkan sikap terdesak pihak berkenaan demi kepentingan politik.

“Sebarang kenyataan rasmi hanya akan dikeluarkan melalui pejabat saya atau melalui platform sosial media rasmi saya,” katanya. 

Terdahulu, tular satu kenyataan media di aplikasi WhatsApp yang menggunakan nama Ahli Parlimen Sungai Buloh itu dengan tajuk “Peletakan Jawatan Rafizi dan Nik Nazmi Bukti Nyata Kesuburan Demokrasi PKR”.

Justeru, Ramanan turut menasihatkan orang ramai agar berwaspada terhadap cubaan pihak tertentu yang semakin terdesak untuk menyebarkan fitnah.

“Seperti yang saya sarankan semasa membuat ucapan penggulungan di Konvensyen PKR minggu lepas,  gejala penyebaran bahan-bahan fitnah semakin berleluasa, anggota parti perlu melawannya dengan tindakan yang drastik,” katanya.

Ad Banner

Semalam, Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli disusuli Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan meletak jawatan masing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai depan.

Pada Pemilihan PKR 2025 minggu lepas, Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar, manakala Nik Nazmi tewas pada pemilihan bagi jawatan Naib Presiden.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan