Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Hulur Sumbangan Bantu Kanak-kanak Perempuan Hidap Palsi Serebrum

31/05/2025 07:38 PM

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan bagi membantu pembelian kerusi roda jenis bugi untuk memudahkan pergerakan kanak-kanak perempuan yang menghidap penyakit palsi serebrum iaitu Nur Zara Hana Zamir. 

Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada ayah kanak-kanak berkenaan ketika menziarahi Nur Zara Hana di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Ahmad Farhan berkata Nur Zara Hana baru sahaja selesai menjalani prosedur pembedahan untuk pemasangan tiub di bahagian perut bagi membantu proses makan dan minum.

“Saya juga mendoakan Encik Zamir serta semua ibu bapa yang cukup tabah menjaga anak-anak tersayang ini terus dipermudahkan urusan agar sentiasa dapat mencurahkan segala tenaga yang ada untuk anak tersayang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau juga berkata di sebalik ujian berat menjaga anak lain yang autisme, Zamir tidak pernah berputus asa dan mengusahakan jualan kuih akok di Sungai Ular bagi menyara keluarganya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan