Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

President Guinea-Bissau Enjoys Cruise Around Tasik Putrajaya

04/06/2025 03:20 PM

PUTRAJAYA, 4 Jun (Bernama) -- Presiden Guinea-Bissau Umaro Sissoco Embalo hari ini meluangkan masa menaiki Cruise Tasik Putrajaya untuk mengelilingi tasik dan menikmati keindahan landskap sekitar kawasan pusat pentadbiran negara.

Ketibaan presiden itu pada 12.30 tengah hari disambut oleh Naib Presiden Kanan, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya Shamshul Joehari Zainal Mokhtar.

Presiden Embalo meluangkan masa selama 30 minit di atas bot menikmati pemandangan indah Putrajaya, manakala Shamshul Joehari berkongsi dengannya sejarah Putrajaya dan memberi taklimat mengenai tempat tarikan di sekitar sini.

Terdahulu Presiden Embalo yang tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi tiga hari, diberi sambutan rasmi di Perdana Putra, yang disusuli perjumpaan dengan perdana menteri. 

Wisma Putra dalam kenyataan semalam berkata ini adalah lawatan pertama Embalo ke Malaysia sejak memegang jawatan Presiden pada Februari 2020.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan