Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Jemaah Haji Malaysia Ke-10 Meninggal Dunia Di Tanah Suci

09/06/2025 11:31 AM

Daripada Nurliyana Farhah Ruslan

MAKKAH, 9 Jun (Bernama) -- Seorang lagi jemaah haji Malaysia disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdullah di sini akibat serangan jantung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata Allahyarham Abdul Malik Sudin, 62, menjadi jemaah haji Malaysia ke-10 yang meninggal dunia bagi musim haji 1446H/2025M.

“Allahyarham adalah jemaah dari Maktab 90A yang menginap di bangunan Rehab Al-Janadriyah dan telah selesai menjalani ibadah wukuf di Arafah pada Khamis lepas,” katanya kepada media selepas Program Majlis Penutupan Musim Haji 1446H oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi di sini malam tadi.

Beliau berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah menghubungi waris Allahyarham dan akan menguruskan sepenuhnya segala keperluan berkaitan pengurusan jenazah serta kebajikan jemaah terlibat.

Mohd Na’im bersama seluruh barisan pengurusan tertinggi TH merakamkan ucapan takziah kepada waris dan ahli keluarga Allahyarham, sekali gus mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan segala amal ibadah diterima Allah SWT.

Setakat ini, sembilan jemaah haji Malaysia disahkan meninggal dunia di Tanah Suci akibat serangan jantung dan seorang disebabkan jangkitan kuman serta kegagalan organ.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan