KUANTAN, 10 Jun (Bernama) -- Sebanyak 75 rumah mengalami kerosakkan akibat hujan lebat dan ribut di beberapa kawasan di Temerloh petang semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Temerloh memaklumkan kejadian pada 5 petang itu menjejaskan rumah penduduk di Taman Sri Kerinau, Kampung Pulau Terap, Taman Pamah Kasih, Taman Pulai Bistari dan Kampung Batu 4 1/2 Jalan Maran.
“Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah ke lokasi kejadian untuk pemantauan dan pengumpulan maklumat, selain menyerahkan kit makanan kepada penduduk yang terjejas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial