Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

TUDM Laksana Penerbangan Taktikal Bermula Hari Ini Hingga 16 Jun

12/06/2025 03:23 PM

KUANTAN, 12 Jun (Bernama) -- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan penerbangan secara taktikal pada altitud rendah di sekitar ruang udara Kuantan bermula hari ini hingga 16 Jun. 

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan penerbangan taktikal itu adalah bersempena dengan Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM ke-67 yang akan diadakan di Pangkalan Udara Kuantan pada 16 Jun.

Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh berkenaan pesawat yang terlibat termasuk pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter akan melakukan penerbangan taktikal secara rendah.

“Sehubungan itu, TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas atau risau sekiranya melihat pesawat-pesawat terbang rendah,” menurut kenyataan itu.

TUDM komited dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan ruang udara negara sentiasa terpelihara.

Hari Ulang Tahun TUDM disambut pada setiap 1 Jun.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan