Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Tiada Rakyat Malaysia Di Iran Terjejas Akibat Serangan Israel – Kementerian Luar

13/06/2025 07:28 PM

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia di Iran dilaporkan terjejas susulan serangan oleh Israel ke atas negara itu.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, kementerian memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau situasi semasa secara rapi dan akan terus mengambil langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia terpelihara.

Warga Malaysia yang memerlukan bantuan konsul boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Iran di talian +9821 88072444 atau +9821 88078606, dan Kementerian Luar Malaysia di +603 80008000 atau +603 88874570 (di luar waktu pejabat).

Malaysia sebelum ini mengecam sekeras-kerasnya serangan itu, yang disifatkan sebagai pelanggaran terang-terangan  undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Serangan tanpa provokasi itu dilaporkan bermula sekitar pukul 3 pagi waktu tempatan pada Jumaat, dengan sasaran termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear serta kawasan kediaman.

Menurut laporan media, serangan berkenaan telah meragut nyawa anggota tentera dan orang awam Iran serta menyebabkan kerosakan besar terhadap infrastruktur penting di beberapa kawasan di negara itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan