Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Perpaduan Aset, Tonggak Utama Jayakan Pembentukan Masyarakat, Negara MADANI - Raja Perlis

15/06/2025 05:54 PM

KANGAR, 15 Jun (Bernama) -- Perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa merupakan aset dan tonggak utama dalam menjayakan pembentukan masyarakat dan negara MADANI yang sedang diusahakan kerajaan.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah oleh kerana perpaduan adalah aset dan kunci utama kejayaan dan kehidupan rakyat, maka perlu ada usaha berterusan daripada semua peringkat lapisan masyarakat itu sendiri.

“Masing-masing perlu sedar peranan dan tanggungjawab untuk menyumbang kepada usaha memperkasakan nilai dan tahap perpaduan masyarakat.

“Perpaduan bukan tanggungjawab satu pihak sahaja. Ia memerlukan usaha bersama daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat, institusi pendidikan sehinggalah kepada setiap individu. Kita semua mempunyai peranan tersendiri.

“Jadikanlah rumah, sekolah, tempat kerja dan komuniti kita sebagai medan untuk menyemai semangat perpaduan dan kasih sayang sesama insan,” titah baginda semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan peringkat negeri tahun ini di sini hari ini.Turut berangkat Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator Saraswathy Kandasami.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan