KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Kerajaan memantau rapi situasi konflik di Iran susulan serangan Israel ke atas negara berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di sana.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat ini, belum ada sebarang keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di kawasan terjejas konflik di Iran.
“Belum,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu usai merasmikan Simposium SASANA di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Gabenor Bank Negara Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican.
Jumaat lepas, Israel melancarkan beberapa siri serangan ke atas Iran yang mengorbankan beberapa pegawai kanan tentera dan saintis negara itu.
Sebagai tindak balas, Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke beberapa lokasi di Israel, mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.
Kementerian Luar dalam kenyataan pada Jumaat mengesahkan tiada rakyat Malaysia di Iran yang terjejas susulan serangan Israel ke atas negara itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial