SIBU, 20 Jun (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sibu akan menganjurkan program Jualan Rahmah Bergerak di Dewan Masyarakat Bawang Assan, esok.
Pembantu khas kepada Ahli Parlimen Sibu Irene Wong berkata program itu menawarkan pelbagai barangan keperluan harian terpilih pada harga istimewa bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
“Jualan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat kerana ia memberi manfaat secara langsung kepada pengguna dengan menawarkan barangan berkualiti pada harga lebih rendah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata program jualan akan berlangsung dari 9 pagi hingga 2 petang, namun akan ditamatkan lebih awal sekiranya stok barangan habis dijual.
“Jualan ini berkonsep ‘siapa cepat dia dapat’, justeru, orang ramai dinasihatkan untuk datang lebih awal,” katanya.
Wong berkata Jualan Rahmah Bergerak dianjurkan KPDN Sibu lazimnya diadakan di kawasan luar bandar atau yang jauh dari pusat bandar termasuk rumah panjang bagi memastikan penduduk menerima manfaat program kebajikan kerajaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial