Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Lelaki Sesat Ketika Daki Bukit Larut Ditemukan Selamat

22/06/2025 06:20 PM

IPOH, 22 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki yang dilaporkan tersesat ketika menjalankan aktiviti riadah bersama rakan-rakan di kawasan Pusat Peranginan Bukit Larut, Taiping, ditemukan selamat hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa berusia 30 tahun itu kira-kira 2.28 petang hari ini.

“Kehilangan mangsa disedari oleh isterinya kerana sebelum kejadian itu, mangsa mengatakan ingin buang air kecil dan bergerak secara berseorangan sebelum didapati tidak muncul semula sejak 10 pagi tadi. 

“Pihak bomba melakukan pencarian di sekitar lokasi mangsa dimaklumkan hilang sehingga mangsa ditemukan selamat di Pondok 3, iaitu sejauh empat kilometer (km) dari kaki Bukit Larut.

Sabarodzi berkata mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan