KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada 41,434 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 yang menerima keputusan masing-masing hari ini.
Ahmad Zahid berkata walau apa pun keputusan yang diterima, beliau mendoakan yang terbaik untuk semua calon.
“Kalau dapat keputusan cemerlang, Alhamdulillah, teruskan usaha. Kalau belum seperti yang diharapkan, jangan risau. Ini bukan penamat, tapi satu permulaan. Banyak lagi peluang yang akan datang, insya-Allah.
“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua! Anda telah melakukan yang terbaik. Berbangga dengan anda semua dan semoga terus maju jaya!,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan para guru yang sentiasa menjadi penyokong utama di sebalik kejayaan pelajar.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff dalam sidang media pengumuman keputusan itu hari ini berkata keputusan STPM 2024 mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional 2.85, tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial