Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

MPI, HCUC Jalin Kerjasama Strategik

26/06/2025 06:40 PM

GEORGE TOWN, 26 Jun (Bernama) -- Institut Akhbar Malaysia (MPI) hari ini menandatangani surat hasrat (LoI) dengan Han Chiang University College of Communication (HCUC) bagi menjalinkan kerjasama strategik dalam bidang kewartawanan, media dan komunikasi.

MPI memaklumkan antara inisiatif kerjasama yang akan diteroka ialah pelantikan wakil MPI sebagai Penasihat Industri kepada Fakulti Komunikasi dan Media (SOCOM) HCUC, input industri dalam reka bentuk dan pembangunan kurikulum serta perkongsian ilmu dalam trend, amalan dan teknologi media. 

"Kedua-dua pihak dalam proses memperhalusi butiran kandungan untuk dimuktamadkan dalam satu majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang dijangka diadakan dalam masa terdekat," menurut MPI dalam kenyataan hari ini.

Surat hasrat berkenaan ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif MPI Ainol Amriz Ismail dan Naib Canselor HCUC Prof Madya Dr Beh Kok Hooi. 

Beh dalam kenyataan sama berkata menerusi kerjasama itu, pelajar HCUC akan mendapat pendedahan langsung kepada amalan media profesional, manakala pensyarah dan penyelidik berpeluang bekerjasama dengan tokoh industri dalam memperkaya pengalaman pembelajaran.

Ainol Amriz pula berkata kerjasama itu satu langkah penting dalam memperkukuh jaringan antara akademia dan industri media, khususnya dalam usaha membentuk wartawan masa hadapan yang beretika, mahir teknologi dan peka terhadap perubahan ekosistem digital.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan