Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Pahang Peruntuk RM500,000, Baiki Rumah Tok Batin

27/06/2025 08:44 PM

KUANTAN, 27 Jun (Bernama) --Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM500,000 bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih rumah Tok Batin serta masyarakat Orang Asli di seluruh negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata peruntukan itu diluluskan selepas kerajaan negeri mendapati masih terdapat rumah dalam kalangan Tok Batin yang daif dan memerlukan pembaikan segera.

“Kerajaan negeri tidak mahu ada mana-mana masyarakat yang tertinggal atau terpinggir dalam arus pembangunan.

“Oleh itu, kita telah menyerahkan tanggungjawab mengenal pasti rumah yang memerlukan baik pulih kepada Pahang Orang Asli Corporation Sdn Bhd (ORACO),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Apa Khabar Orang Kita di Kompleks Yayasan Pahang di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy turut memaklumkan kerajaan negeri bersetuju menambah peruntukan sebanyak  RM11 juta bagi program Kad Kesihatan Kasih Makmur.

Beliau berkata kad kesihatan bernilai RM500 bagi setiap penerima itu membolehkan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) mendapatkan rawatan di klinik swasta yang dikenal pasti kerajaan negeri tanpa perlu ke hospital kerajaan.

“Saya percaya inisiatif ini akan membantu mengurangkan waktu menunggu untuk mendapatkan rawatan serta membolehkan mereka dirawat dengan lebih cepat,”katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan