Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Mulai Esok Hingga 1 Julai - MetMalaysia

27/06/2025 08:46 PM

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca panas dan kurang hujan boleh berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara bermula esok hingga 1 Julai.

Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata berdasarkan analisis model-model cuaca, suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 35 darjah Celsius dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata sehubungan itu orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan sebarang aktiviti luar sepanjang tempoh berkenaan.

“Orang awam juga dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan