Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

MOTAC Komited Perkasa Seni Budaya Melalui Geran GSSK - KSU

28/06/2025 12:24 AM

TUMPAT, 27 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menghargai komitmen serta sokongan berterusan daripada persatuan seni dan warisan dalam menjayakan program di bawah inisiatif Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) yang dilaksanakan setiap tahun.

Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata kementerian sentiasa prihatin terhadap keperluan penganjur acara berteraskan seni, budaya dan warisan serta bersedia membantu menampung sebahagian kos penganjuran menerusi geran berkenaan.

“Saya amatlah berharap pihak agar persatuan seni budaya dan warisan tidak berputus asa dalam membantu usaha kementerian menyebarluaskan agenda seni budaya seperti digariskan dalam Teras Dasar Kebudayaan Negara,”katanya ketika merasmikan Festival Citrawarna Siam Malaysia Negeri Kelantan 2025 di Wat Machimmaram di sini malam ini.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menjadikan kepelbagaian seni dan budaya sebagai aset penyatuan kaum serta berganding bahu menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026 yang bakal berlangsung tahun hadapan.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan