Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Alami Perjalanan Kecantikan Terunggul Di Watsons Beautopia 2025

04/07/2025 02:22 PM

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Watsons Malaysia kembali menganjurkan Watsons Beautopia 2025, ekspo kecantikan dan kesihatan terbesar negara, yang berlangsung dari 3 hingga 6 Julai di Pusat Konvensyen dan Pameran IOI Grand, Putrajaya.

Dalam satu kenyataan hari ini, peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka itu memaklumkan bahawa ekspo tersebut menjanjikan pelancaran produk eksklusif, aktiviti interaktif serta bengkel yang dikendalikan oleh pakar, khusus buat para pencinta kecantikan, dengan penyertaan lebih 150 jenama tempatan dan antarabangsa.

Menurut kenyataan itu, Beautopia edisi tahun ini lebih besar, berani dan imersif berbanding sebelumnya, dengan pelbagai pengalaman interaktif dan sesi bersama pakar selama empat hari bagi menginspirasi, mendidik dan memperkasa pengunjung.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia merangkap Ketua Pegawai Operasi Kesihatan dan Kecantikan Asia, Kumpulan AS Watson Caryn Loh berkata Watsons Beautopia 2025 menjadi platform untuk mengetengahkan inovasi kecantikan global, mengukuhkan jalinan komuniti serta menawarkan pengalaman penemuan yang mendalam dan bermakna.

Menurut Watsons, ekspo ini turut menampilkan rangkaian terbaik daripada K-Beauty, J-Beauty, C-Beauty, M-Beauty dan jenama antarabangsa popular, selain jenama tempatan terkemuka, sekali gus memberikan pengunjung akses kepada trend kecantikan terkini dan inovasi terbaharu merangkumi penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan rambut, penjagaan diri serta kesihatan.

“Ia merupakan ruang inklusif buat semua pencinta kecantikan untuk meneroka, belajar dan menemukan produk idaman mereka yang seterusnya.

“Watsons Beautopia 2025 turut menyediakan zon interaktif yang menawarkan demonstrasi langsung, analisis kulit dan kulit kepala, ujian produk, perkhidmatan solekan dan dandanan rambut profesional, serta bengkel dikendalikan oleh pakar kecantikan dan pempengaruh,” menurut kenyataan itu.

Bagi meningkatkan pengalaman pengunjung, Watsons turut mengumumkan pelbagai ganjaran eksklusif termasuk baucar e-tunai RM10 kepada semua pengunjung berdaftar serta keistimewaan penebusan untuk ahli W Rewards.

“Pengunjung yang berbelanja minimum RM100 juga akan menerima hadiah dengan pembelian,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan