Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Tiga Lebuh Raya, 15 Jalan Utama Di Lembah Klang Terlibat Lencongan Berperingkat Sempena AMM Ke-58

04/07/2025 09:42 PM

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Tiga lebuh raya dan 15 jalan utama sekitar Lembah Klang akan terlibat dalam lencongan berperingkat sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula 8 hingga 12 Julai ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Yusri Hassan Basri berkata laluan terlibat terdiri daripada laluan masuk dan keluar ke ibu negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan hotel-hotel penginapan delegasi.

Beliau berkata raptai pergerakan motoked melibatkan laluan dari lapangan terbang hingga ke hotel-hotel penginapan di sekitar Kuala Lumpur dan KLCC bermula hari ini hingga Ahad melibatkan 391 petugas JSPT.

“Pengguna jalan raya disarankan merancang perjalanan lebih awal dan digalakkan menggunakan pengangkutan awam sebagai tanda sokongan penganjuran acara ini.

“Kenderaan perdagangan dan kenderaan berat disarankan tidak memasuki kawasan pusat bandar Kuala Lumpur sepanjang tempoh lencongan terutamanya semasa waktu puncak bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko kerosakan kenderaan dan kemalangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

-- LAGI

 

POLIS-LENCONGAN (AMM) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

 

Senarai laluan yang ditutup adalah seperti berikut:

 

Tarikh: 7 Julai 2025 (7 pagi sehingga selesai ketibaan secara berperingkat)

 

- Lebuh KLIA

- Lebuhraya Elite (KLIA - Putrajaya)

- Lebuhraya MEX

- Lebuhraya KL - Seremban (Sg Besi - Pusat Bandar)

- Lingkaran Putrajaya

- Jalan Istana

- Jalan Damansara

- Jalan Tun Abdul Razak

- Jalan Ampang

- Jalan Sultan Ismail

- Jalan Bukit Bintang

- Jalan Imbi

 

Tarikh: 8 Julai 2025 (10 pagi hingga selesai ketibaan)

 

- Persimpangan Jalan Ampang/ Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Sultan Ismail/ Jalan P. Ramle

- Persimpangan Jalan Perak/ Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak/ Jalan Pinang

- Persimpangan Jalan Stonor/ Jalan Kia Peng

- Persimpangan Jalan Stonor/ Persiaran KLCC

 

Tarikh: 9 Julai 2025 (7 pagi hingga selesai ketibaan dan 4 petang hingga selesai ketibaan)

 

- Persimpangan Jalan Ampang/Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Sultan Ismail/ Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak/ Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak/ Jalan Pinang

- Persimpangan Jalan Stonor/ Jalan Kia Peng

- Persimpangan Jalan Stonor/ Persiaran KLCC

 

Tarikh: 10 Julai 2025 (7 pagi hingga selesai ketibaan, 5 petang hingga selesai ketibaan, 7 petang hingga selesai ketibaan dan 10 malam hingga selesai ketibaan)

 

- Persimpangan Jalan Ampang/ Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Sultan Ismail/ Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak/ Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak/ Jalan Pinang

- Persimpangan Jalan Stonor/ Jalan Kia Peng

- Persimpangan Jalan Stonor/ Persiaran KLCC

 

Tarikh: 11 Julai 2025 (7 pagi hingga selesai ketibaan)

 

- Persimpangan Jalan Ampang/ Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Sultan Ismail/ Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak/ Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak/ Jalan Pinang

- Persimpangan Jalan Stonor/ Jalan Kia Peng

- Persimpangan Jalan Stonor/ Persiaran KLCC

 

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan