Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Naib Canselor Universiti Diarah Kaji Kesan Peluasan Skop SST Terhadap Mahasiswa

05/07/2025 04:50 PM

SUNGAI PETANI, 5 Julai (Bernama) -- Semua naib canselor telah diminta membuat kajian terperinci bagi mengenal pasti kesan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa 1 Julai lepas terhadap mahasiswa di universiti masing-masing.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kajian itu bagi melihat sama ada peluasan skop SST menyumbang secara langsung atau tidak langsung terhadap peningkatan kos pembelajaran mahasiswa.

“Kita akan memperincikan apa yang dimaksudkan tetapi yang diumumkan oleh kerajaan iaitu kenaikan kepada pelajar antarabangsa yang datang belajar ke negara kita, dengan kenaikan tarif atau kenaikan cukai pengajian mereka ke Malaysia.

“Di pihak, kita telahpun disampaikan perkara tersebut, saya telah kumpulkan maklum balas itu manakala bagi peringkat yang lain, mungkin ada hal-hal yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan pelajar kita,” katanya.

Zambry, yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Merbok di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kajian itu melibatkan semua perkara dalam lingkungan pembelajaran mahasiswa termasuk bil elektrik bagi mereka yang menginap di rumah sewa. 

Sebelum ini, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Mohamad Amar Aidid Mohd Zain berkata peluasan skop SST sejak Selasa lepas didakwa turut membawa implikasi kewangan kepada mahasiswa.

Mohamad Amar Aidid berkata peluasan skop SST terhadap perkhidmatan langganan digital, pembaikan alat elektronik, dobi dan pembelian dalam talian memberi kesan langsung kepada peningkatan kos sara hidup pelajar. 

Dalam pada itu, Zambry berkata Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 yang diusahakan kementeriannya telahpun disiapkan dan dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada November ini.

Mengulas isu pelajar institusi pengajian tinggi yang dikesan menghidap jangkitan virus kurang daya tahan manusia (HIV), beliau berkata Kementerian Pendidikan Tinggi menyerahkan kepada pihak universiti untuk melakukan pemantauan dan mengambil langkah terbaik bagi menanganinya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan