Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Makkah

07/07/2025 09:41 AM

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Seorang jemaah lelaki Malaysia Ahmad Kerya, 70, daripada kumpulan KT099, disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz, Makkah pada 1.22 tengah hari semalam (waktu tempatan).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini memaklumkan Allahyarham yang menetap di Maktab 81 (PJH: Al Balad), meninggal dunia akibat septicemic shock secondary to pneumonia with multi organ failure.

Beliau berkata Allahyarham yang berasal dari Kodiang, Kedah, meninggalkan seorang isteri yang turut bersama-bersamanya mengerjakan haji di Tanah Suci, serta anak-anak di tanah air.

"Bagi pihak kerajaan Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. 

"Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau, menerima segala amal solehnya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin," kata Mohd Na'im.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan