Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Anwar Ucap Takziah, Sedih Tragedi Enam Beranak Maut Di Sungai Korok

07/07/2025 09:44 PM

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga enam beranak yang ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di Sungai Korok, dekat Jitra, Kedah, hari ini.

Menerusi hantaran di platform X, Anwar turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga mangsa diberikan ketabahan menghadapi ujian berat itu.

"Saya amat sedih dan berdukacita menerima khabar tragedi menyayat hati melibatkan enam sekeluarga ini.

"Moga mereka dikurniakan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini, dan roh semua mangsa dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," katanya.

Tragedi menyayat hati itu membongkar misteri kehilangan enam beranak sejak Sabtu lalu, selepas waris mengesahkan identiti mayat yang ditemukan dalam kereta Proton Iswara yang tenggelam di sungai berkenaan.

Mangsa dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, bersama empat anak mereka, Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan Tuah Haydar, enam bulan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan