Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Isu Letupan Di Putra Heights: Perbahasan Sidang DUN, Bukti Terbuka Isu Keselamatan Awam

09/07/2025 06:57 PM

SHAH ALAM, 9 Julai (Bernama) -- Perbahasan berhubung insiden letupan paip gas di Putra Height, Subang Jaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kali ini mencerminkan keterbukaan dan ketelusan kerajaan negeri khususnya membabitkan isu keselamatan awam.

Speaker DUN Selangor Lau Weng San berkata perbahasan yang disertai sembilan Ahli Dewan Undangan Dewan Negeri (ADUN) daripada pihak kerajaan dan pembangkang mencerminkan amalan demokrasi yang sihat serta keterbukaan dalam membincangkan isu rakyat.

“Sidang dewan ini terbuka dan disiarkan secara langsung. Kita memang cukup terbuka, setiap hari (sidang) disiarkan di media sosial,” katanya kepada pemberita di Lobi Wisma Dewan Negeri Selangor hari ini.

Lau berkata tahap kualiti perbahasan insiden berkenaan juga baik dengan penyertaan aktif dan input bernas daripada wakil rakyat serta hujah dalam menjawab pelbagai persoalan. 

Semalam, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari membawa usul insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya dalam sidang DUN dan ia dibahaskan beberapa ADUN termasuk Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Sijangkang) dan Datuk Dr Ab Halim Tamuri (PN-Paya Jaras) daripada pembangkang.

Sidang DUN Selangor ditangguhkan ke 10 pagi esok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan