Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Seramai 10,049 Calon Akan Duduki Peperiksaan SPM Ulangan Pada 15 -17 Julai

12/07/2025 02:45 PM

PUTRAJAYA, 12 Julai (Bernama) -- Seramai 10,049 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2025 pada 15 hingga 17 Julai ini di 186 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan peperiksaan itu melibatkan tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Menurut KPM, seramai 1,454 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran ujian bertulis dan ujian mendengar Bahasa Melayu, manakala 1,202 petugas pula ditugaskan bagi ujian bertutur Bahasa Melayu.

Calon dinasihatkan merujuk jadual waktu peperiksaan yang boleh dimuat turun menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan lp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat berkaitan tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi.

"Calon turut diingatkan membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan," menurut kenyataan itu.

Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun daripada Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian di pautan sppat.moe.gov.my.

"Calon hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan serta pengendalian peperiksaan SPMU 2025.

"KPM mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera," menurut kenyataan itu lagi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan